ASA Kami :: KEM SAYANG SAUDARA KITA, LONG LAMA :: BAHAGIAN 1

Bismillah arRahman arRaheem.

Assalamualaikum wbt buat semua..

Bertemu kembali dalam entri yg tak seberapa daripada saya. Harapnya kisah ini dapat menjadi teladan pada hal yang baik, dan sebaliknya menjadi sempadan andai aada yang kurang menyenangkan. Ala kulli hal, tujuan saya menulis adalah semata mata untuk berkongsi pengalaman, pandangan, dan berkongsi rasa dan aura positif yang ada mudahan kita sama sama tergerak hati untuk teruskan misi dakwah walau dimana kita berada, dengan izin Allah.

Minggu lepas, alhamdulillah kami (saya dan suami) berkesempatan mengikuti salah satu program khusus buat saudara baru sekitar kawasan Long Lama, Baram. Pengalaman pertama yang pasti tidak mampu saya lupakan buat selamanya. Saya akan ceritakan perjalanan kami suami isteri, bermula seawal 5.00pagi.

Kami hampir tidak tidur semalaman untuk berbincang tentang persediaan bersama menempuhi hari hari kami sepanjang program. Juga terselit dalam perbincangan kami tentang hal hal yang perlu kami sentuh buat saudara saudara baru kita di sana nanti. Alhamdulillah, akhirnya kami melelapkan mata untuk menyimpan sedikit tenaga untuk memulakan perjalanan keesokan harinya.

Suami saya kejutkan saya untuk bersiap siap menunaikan solat subuh bersama sama (waktu subuh di sini pada 4.51pagi). Usai solat subuh berjemaah, saya menyediakan barang barang dan suami menyusunnya di hadapan rumah seawal 5.20pagi. Saya bergegas ke dapur untuk menyediakan bekalan makanan, nasi, telur pizza kegemaran suami, sedikit ulam timun, dan juga sambal belacan. Juga kegemaran suami saya. Air mineral buat kami dan bekalan makanan siap disediakan, dan saya terus bersiap.

Kami mula bergerak ke jeti. Sayup sayup kedengaran bunyi bot ekspress yang datangnya dari Long Terawan. Sudah semakin hampir. Kami turun ke jeti dan menunggu. Memandangkan hari itu adalah Jumaat, suami saya mengambil CRK yang membolehkan kami pergi bersama. Bukan ponteng kerja ya. hehe. Sempat lagi suami ke sekolah memastikan tugasannya lancar meski tidak berada di sekolah pada hari ini. sungguh, pengorbanan seorang guru tidak dinafikan saat itu.

Perjalanan kami akan memakan masa lebih kurang 2jam untuk sampai ke Kuala Tutoh. Ya, kami akan turun di sana dengan menaiki bot ekspress Long Panai-Marudi. Kemudian kami menunggu bot ekspress seterusnya menuju ke Long Lama yang bertolak dari Marudi. Beginilah keadaanya di sini, kenderaan utama yang menghubungkan setiap kawasan adalah bot, itupun kalau ada bot yang beroperasi.

Kami sampai tepat pukul 830pagi. Kami menunggu bot yang bertolak jam 8.00pagi dari Marudi, dijangka tiba di jeti Kuala Tutoh pada jam 10.00pagi namun tiada bot yang tiba. Maksudnya bot seterusnya akan bergerak pada jam 10.00pagi dari Marudi dan bakal tiba pada jam 12tengahari. Sambil menunggu kami menikmati hidangan bekalan kami. alhamdulillah.

Setelah menunggu lebih kurang 3jam , kami menaiki bot ekspress menuju ke Long Lama dan akhirnya tiba tepat pukul 1.50petang. Alhamdulillah. Syukur pada Allah..

Dengan bantuan sahabat suami, Ustaz Rosmadi, kami menuju ke Restoran Assalam salah satu kedai makanan Islam di sini. kami mengalas perut sebelum berangkat ke Masjid Darussalam yang terletak nun jauh di atas bukit. Alhamdulillah ustaz Rosmadi meminta kawannya menghantar kami ke sana. Alhamdulillah. walaupun beliau tidak bersama kami atas urusan rasmi kementerian, namun bantuan beliau sangat kami hargai. saya doakan semoga Allah memudahkan urusan orang yang suka memudahkan urusan orang lain. amin ya Allah.

.................BERSAMBAUNG KE  BAHAGIAN 2................

..Bismillah arRahman arRaheem..

Dah lama xupdate blog ni.. dah ber-baraba' saya tgk.. waaahh, lama sangat xmenulis. Naik lenguh jari jemari ni menaip. Walhal baru 2 minit start, hehe. Apa apa pun, alhamdulillah hari ni dapat tembusi password blog dengan jayanya. Syukur, syukur.

Actually dah separuh tahun sy cari password yang sangat bertuah tu. maklumlah sy ni jenis pelupa sikit. sampai katalaluan sendiri pun boleh lupa. x ingat. tu lah, suka sangat save password dlm lappy. kalau ingat, ada la jugak salin2 dalam note book, tu pun kalau rajin. tapi, kalau note book tu pun hilang, apa kessssssss?? adoii..haha. 

okeh, itu kesah sebelum saya kawen ya. coz sy memang nampak macam pemalu, ehh.. macam sopan dan terurus (konon) , hakikatnya saya ni jenis serabai sikit. heee. tapi skg dah lekat kat otak, hafal, siap buat nota rahsia unt setiap akaun berdaftar yg saya ada. hasil tunjuk ajar en.suami. hoho.
cc: thanks abang ^^

So sekarang dah boleh start conteng-conteng semula..yeaaayy!!

Banyak sangat kenangan dan peristiwa penting yang saya lalui sepanjang (sambil kira dengan jari) eh, dah SEMBILAN bulan xupdate rupanya.. bukannya separuh tahun.. kalau ibu mengandung, dah sarat dan siap sedia barang baby ni..hehe. Nasib baik xhilang terus blog ni..kalau x, terpaksa susahkan en. Suami untuk buatkan blog baru..hehe

hmm, kena amik masa ni.. tgk diari 9 bulan sebelum ni. Pengalaman mendewasakan kita kan? inshaAllah ada moment2 best yang langsung sy xakan lupa. boleh la jadi pengajaran dan panduan buat semua. So izinkan hambar mengundur diri barang seketika ya..

Ok, take care semua. Jumpa lagi! 
Assalamualaikum!

Jom ramai2 cipta kenangan terindah setiap hari.. ^^

**P/s: Baraba' means sawang ya. bahasa ibunda hamba yg terchenta, DUSUN.

Love,

Tuesday 18 June 2013

Monday 6 May 2013